Jadi 'Geng'

Thursday, December 31, 2009

New Vocab - Yakin

0 klik untuk komen

Hari ini saya belajar satu perkataan baru iaitu : YAKIN - CONFIDENT



Baca lagi...

Adik daftar Darjah 1

0 klik untuk komen

(Adik sedang tengok ibu... muka cam nak nagis je)

Hari ini 31.12.09 adik saya Muqry mendaftar masuk Darjah 1 di sekolah saya. Dia bangun awal pagi tanpa dikejutkan, selalunya kena kejutkan dia. Mungkin dia tak sabar nak ke sekolah. Saya pun ikut ibu saya menghantar adik ke sekolah. Pada hari orientasi ni, takde seorang pun yang menangis... tapi adik nampak macam nak nangis je sebab ibu tengok dari jauh. Adik lari keluar dari barisan dan pergi kepada ibu, tapi ibu pujuk dan berdiri dekat dengan dia berbaris. Mujur perhimpunan tu belum bermula lagi... Bila dah habis perhimpunan tu, semua kena masuk kelas masing-masing dan ada ujian untuk tentukan kelas nanti. Buat masa ni adik di kelas 1A.. Hari Isnin nanti bila sekolah dah bermula, ibu suruh saya tengok-tengokkan adik. Harap-harap dia tak nakal la...
Baca lagi...

Dah ada email ke belum?

0 klik untuk komen
Kamu tahu tak apa itu email? Dia macam alamat rumah kita ataupun peti surat komputer.. contoh macam kalau kamu nak hantar surat kepada sepupu/kawan yang tinggal jauh dengan cepat, kita tak payah lah ambil kertas dan pen, tulis surat tu, masuk dalam sampul surat, lekatkan setem dan pos.. Semua tu ambil masa yang lama. Dengan adanya email, senang je nak hantar surat, janji kamu dan sepupu/kawan ada komputer dan internet email mesti sampai dengan cepat.. Kalau kamu selalu buka web game ke astro ceria ke atau apa saja, kadang-kadang perlu nak kena guna email juga kan..
Macam mana nak ada peti surat komputer ni atau email ni? Ada macam-macam jenis email ni tapi saya suka guna Yahoo dan Gmail sahaja. Kamu kena daftar dahulu tapi kalau tak pandai minta tolong mak ayah, kakak, abang atau kawan atau sesiapa je la..

Kalau awak nak email Gmail klik sini - Daftar Gmail



Kalau nak email Yahoo klik sini - Daftar Yahoo! ini dalam bahasa english



Kalau ada yang kamu tak faham atau nak tanya soalan, klik pada klik untuk komen di bawah tajuk Dah ada email ke belum? tu, .. Insyallah saya akan jawab

Selamat mencuba buat email sendiri...hehehe

p/s : bila dah buat email, jangan lupa jadi GENG saya


Baca lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

StUDiO NaYLi Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal