Jadi 'Geng'

Tuesday, February 9, 2010

Yeah.. dah boleh pakai subang!!



07.02.2010
Akhirnya dapat juga tindik telinga setelah sekian lama teringin sangat nak tindik telinga.. Perasaan? Mula-mula tu berdebar-debar, rasa cam taknak la pulak sebab terfikirkan akan kesakitannya nanti. Tapi saya kuatkan juga semangat saya memandangkan sepupu-sepupu saya baru tindik telinga juga. Ish.. mana boleh kalah dengan mereka...hehehe. Ibu kata macam kena gigit semut api aje.. Oleh itu saya YAKIN BOLEH menghadapi kesakitannya nanti.

Lepas pilih subang, saya disuruh duduk bertenang. Kakak kedai tu buat tanda di telinga, then kakak tu spray ubat di telinga. Wah, terkejutnya! sebab sejuk.. Selepas itu, dia ambil alat macam pistol dan tup! ditembaknya telinga... terkejut sangat dan mula rasa sakit sikit. Bila dia dah tembak telinga yang satu lagi, saya rasa dah tak sakit dah.. Lega rasanya ianya sudah berakhir dan telinga saya cantik dengan subang yang dipilih.. Lepas ni bolehlah menggayakan dengan subang yang bermacam-macam bentuk. Wah, berangan la pulak!

p.s : sorry, tak ada gambar kali ni.. terlupa nak ambil.

0 klik untuk komen on "Yeah.. dah boleh pakai subang!!"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

StUDiO NaYLi Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal