Jadi 'Geng'

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011

 pasang pelita untuk main bunga api

 bersama sepupu-sepupuku

penat dan pening



29.08.2011 Isnin
Tahun ni patutnya balik beraya di kampung ibu kat Kuantan tapi tokmak ada hal pulak kat KL raya ke3 so raya di rumah Along di Port Klang.
Lagipun mama Along dan paklong baru pindah rumah baru, lebih besar dan selesa. 
Malam sebelum raya makanan pun dah siap untuk esok.. dan kitorang pun bermain bunga api dengan happy nya.
Selepas makan pagi raya tu, kitorang beraya di rumah opah Along tak berapa jauh dari rumahnya. Lepas tu ke rumah sepupu ibu, Mak Elly. Penuh dengan sedara mara di rumah kecil tu.. hari pun dah petang kitorang ke rumah tok long plak. Lepas tu ingat nak ke Melaka terus tapi tak jadi pulak.. tidur rumah along lagi.
Esok paginya ke Melaka pulak tapi sebelum tu singgah rumah dulu, hantar barang dulu dan Muqry asyik muntah jer.. dia tu mabuk skit kalo berjalan jauh ke dekat ke, sama je. Kat Melaka pergi Masjid Tanah dulu ke rumah lama nenek ayah.. Lepas tu terus ke Bukit Katil rumah nek teh dan tidur 1 hari. Esoknya ke bandar Melaka beramai-ramai, mana lagi hotel biasa la, Mahkota Hotel. Selalu bila raya mesti duduk kat situ... kali ni duduk situ 3 hari, hari Sabtu baru balik semula ke Putrajaya.


0 klik untuk komen on "Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

StUDiO NaYLi Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal